Monday, September 10, 2012

Friday, August 31, 2012

terima kasih semua




bismilahirahmanirahim..
hari ini 31 Ogos 2012,
selamat hari merdeka warga Malaysia!




semalam berakhirla LAP saya
kt Law Firm selama tiga bulan
Alhamdulillah :)

Ummul Habibah & Asilah
Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syari'e
nama diberi,
itulah nama firm yang saya timba ilmunya
terasa sekejap je masa berlalu,
sedih jgk mse dah habis :( isk, isk..


banyak yang dipelajari,
terima kasih
Puan Ummul Habibah binti Mohd Nasir
kerana selalu memberi tunjuk ajar
terima kasih juga kepada kerani di situ
Myra :)
myra banyak ajar saya ttg prosedure for convey matters..
thanks alot, semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu semua..

tidak lupa juga kepada
staff-staff syarikat ayah Puan,
Nasir Sabaruddin & Associates,
Property Consultant & Valuation Services
for being nice to me
and treat me like ur own colleagues.
abe mie, abe wadi, abe ha, abe li, kak nor, kak na
izul, isam, nazmi, siti, illa,
pak cik Lah, hajar
dan Encik Nasir...
terima kasih semua :)
kalu jumpa saya mesti tegur kamu semua..hehe


posting ni memang khas utk kamu semua
sbb nanti nak tulis report ad sstgh org saya xlh mention..hehe
lastly, terima kasih skali lagi Puan sbb bagi bonus dan hadiah tu..:)

p/s: last day praktikal saya ter-rosakkan pagar opis..maaf!!hehe



Wednesday, August 29, 2012

satu hari lagi


bismilahirahmanirahim...
lame betul x update blog
biase la pelajar praktikal yang sibuk, hehe

pura-pura sibuk :P

setelah 3 bulan praktikal kat Law Firm ni
bermula 11/06/12 hingga 30/08/12
Alhamdulillah..


berjaya juga habiskan praktikal dengan jayanya..hehe (yeke??)
esok satu hari lagi praktikal..last day!!
esok juga adalah bersamaan dgn 12 syawal
jadi ada la jamuan makan2 (jamuan raya!! horeyyy!!) sikit combine dgn syarikat penilai sebelah..

rase x sabar nak habis praktikal kn
tp pada masa yang sama
rase sedih jgk..
erm, dalam 3 bulan ni banyak yang  dipelajari.
walaupun, tidak seara cmenyeluruh
at least dapat la jugak learn basic procedures
and interestingly able to apply 
ape yang kita belajar secara teori dalam kelas
I'Allah ilmu yang dipelajari ni akan digunakan sebaik- baiknya :)

rase sedih jgk sbb....
lg seminggu lepas habis praktikal
dah kena balik uia for new sem
rase macam sekejap je dapat duk kat rumah
sbb most of the time duk kat opis
from 830am to 530pm


pastu duk kejap je dah malam..
kesian my mum
xdapat bawak dia jalan2..

walaubagaimanapum, seminggu cuti sblm balik ke uia
akan dimanafaatkan sebaik mungkin..huhu

p/s: selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir dan batin..selamat berpuasa pada bulan syawal dan selamat menulis report LAP dengan jayanya kepada budak2 law yang buat praktikal sekalian..hehe

Saturday, August 11, 2012

tahniah awak!

tahniah, kawanku..
lengkap sudah kehidupan kamu..
semoga kehadiran rahmat dari Ilahi itu,
membuatkan kamu sekeluarga lebih
mengerti makna tanggungjawab, kasih sayang antara keluarga
dan cinta Ilahi..

saya hanya mampu tersenyum
syukur dipanjatkan kepada Ilahi atas rahmat
yang telah Dia berikan kepada kamu,

sesungguhnya
nikmat itu indah
dan
nikmat itu telah dikurniakan kepada kamu..
tiada yang mampu
ak ucapkan selain tersenyum,
andai kamu melihatnya, wahai kawanku

semoga hari2 yang berlalu
kamu sekeluarga sentiasa kuat
dan sentiasa tabah

semoga nikmat itu
sentiasa menceriakan hidup kamu sekeluarga
mengharmonikan kamu sekeluarga
dan
menambahkan lagi keimanan kamu sekeluarga

tahniah2!!!

p/s: doakan ak pula menyusul..hehehe

Tuesday, July 24, 2012

selamat berpuasa



bismilahirahmanirahim...

hari ini genaplah 5 hari umat Islam di Malaysia berpuasa
(faktor geografi tu)
dan belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan
SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam yang beragama Islam
semoga Ramadan ini adalah lebih baik daripada sebelumnya, amin :)

sepertimana yang kita tahu, berpuasa adalah wajib bagi kita
kalu kita memenuhi syarat2 puasa tu:

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah

Syarat wajib

a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim

Syarat Sah

a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat

so, sape2 yang terasa diri dia adalah orang Islam yang sejati dan takut akan Allah
bukan hanya Islam hanya pada kad pengenalan sahaja
bawak2 la berpuasa ye!!
tak perlu rasa bermegah2 bagitahu seluruh dunia yang korg tak puasa
bajet hebat la atas dunia ni
nanti dah mati tahu la nasib korg =P

klu tak caye puasa tu wajib ni buktinya:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ

Artinya : “Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

kecuali la korang termasuk dalam keadaan yang diharuskan untuk berbuka puasa/tak berpuasa

seperti:

a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua

mengelakkan puasa kita terbatal kita mestilah menjauhi segala perkara2 yang makruh (mengelakkan perkara2 makruh lagi baik kerana bimbang perkara makruh akan membawa kepada terjadinya perkara2 yang membatalkan puasa) dan haram di lakukan dalam bulan ramadan.

Perkara makruh ketika berpuasa

a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad

sesungguhnya Islam itu mudah, jadi untuk menambahkan lagi pahala puasa kita banyak perkara2 yang sangat mudah untuk kita buat sepanjang bulan ramadan ini dan membaik pulih lagi kualiti puasa kita macam

a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan



kawan2 bulan ramadan ini juga banyak keistimewaannya antaranya :

a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan

b) Allah merahmati orang yang mengimaninya

c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini

d) Iblis dipenjarakan

e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.

f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

so, sape2 yang ada hajat dan permintaan rajin2kanlah berdoa pada bulan puasa ni, I'Allah akan dimakbulkan.. :)
saya pum banyak permintaan nih..hehehe




dan sempena bulan ramadan yang mulia ini sama2 lah kita menghormati kemuliaanya dengan
mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa dan, Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

sama2 lah kita mempertingkatka amalan2 harian kita dalam bulan puasa ini dan harapnya berterusan hingga ke ahkir hayat kita, siapa tahu ramadan ini merupakan yang terahkir untuk kita merasainya..

SELAMAT BERPUASA YE!!


jangan ponteng tau, :)


Tuesday, July 3, 2012

doaku buat dirimu dan diriku :)






 

“Love begins with a smile,
grows with an embrace,
& ends with a teardrop,
if it's not for the sake of Allah”

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya.
Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya."

(Asy-Syams: 9-10)


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu ku belum bersedia,

dengan itu,
persiapkan lah diriku
sampaikanlah waktu itu
tentukanlah saat itu
agar ku bisa merasai
kemanisan itu



Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buathu,
Berikanlah ku insan yang benar benar terbaik buat kehidupanku,
Insan yang benar-benar mampu memimpinku ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

dan
begitu jua doaku
buat dirimu, kasih

Amin..






ayat-ayat cinta bercerita..cintaku padamu