Friday, February 24, 2012

hati :)


Hanya satu yg kupinta
Kebaikan dari-Nya 
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya 
Dgn lafaz pernikahan yg mulia

Dtglah kasihmu dlm diriku 
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn 
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan 
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya

Kauku sayangi
Teman sejati 
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

p/s: semoga dipermdahkan:)

Saturday, February 18, 2012

semoga segalanya dipermudahkan



Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).



bismilahirahmanirahim,
semakin hari saat itu semakin menghampiri,
semakin hari terasa getaran itu di dalam dada,

namun,
ku tetap berusaha,
mengharap hasil yang terbaik,
terima kasih kawan yang selalu memberi sokongan dan bantuan,
jasa kalian tidak akan saya lupakan.

semoga saya dikuatkan semangat
menempuhi ujian ini
berjaya!
kerana saya punyai satu niat
untuk membantu ibubapa
terutamanya mybeloved mum.

ya Allah bantulah hambamu ini
ku hanya mampu berusaha,
semoga Kamu membimbing ku
kearah kejayaan,

permudahkanlah segala urusan duniawiku ini,
dan bantulah hambamu ini mengapai
sebuah kejayaan

kejayaan,
itulah harapan hambamu dikala ini,
bimbinglah diri ini,
lembutkanlah hati hamba2 mu yang mengujiku
dan kuatkanlah hati hambamu ini yang diuji

agar tiada gementar dirasai,
agar tiada kesilapan dilakukan,
agar hambamu ini pulang bersama kejayaan
agar berbaloi satu pengorbanan (^_^)


InsyaAllah, Dia maha mendengar dan maha memakbul doa.

Sunday, February 5, 2012

accident

salam,
hari ini hari last sy berada dirumah
cz mlm ni dh kene balik uia
huhu

so, td tlg mak g beli barang
mula-mulanya nk pegi sorg je nek motor
tp 
last2, ajak mak sxli
otw  balik dr beli barang
tbe2 tgh elok2 bw motor
..................
...............
motor y sy bawa jd out of control
my mum got really nervous
hehe
mujur dgn 'kepakaran' sy
i managed to control and stop the old motorcycle
nasib bek x banyak kete y lalu lalang

incident tu terjadi sbb rupe2nye
ad skru y xberapa ketat
maka jd lah perkara tu, huhu
mujur kami xde pape
:)

:
:
:

disebabkan motor dh rosak sblm smpy rumah
so, kteorg trpaksa lh
bergilir2 tolak motor
lm panas terik mentari
(letih kot nk smpy rumah)

huhu
nk wt mcm mne dh takdir
mujur kteorg slmt kn
Alhamdulillah
:)

anyway
hiii, gombak
sy datang lagi esok
semoga sem ini lebih baik dr sblmnya
i'Allah



Saturday, February 4, 2012

waktu mustajab doa


01.
Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.
05.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
06.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...