Monday, April 23, 2012

takdir atau kebetulan

bismillahirahmanirahim,
pertama kali melihatmu,
hati ini mula terpikat,
setelah mengenalimu,
hati ini makin terpikat,

bukan kerana paras rupamu
mahupun harta bendamu,
namun bagaikan ada sesuatu memanggil diriku
untuk dekat denganmu.

melihatmu, 
latar belakangmu,
keluargamu,
agamamu, 
akhlakmu..
semuanya indah dimataku.

keindahan itu,
membuat diri ini terasa sesuatu.
adakah kamu diciptakan untukku,
adakah kamu adalah bidadaraku,
semua itu membuatku resah dan keliru,

namun,
hanya satu yang pasti
ku hanya mampu berdoa yang terbaik
untuk pertemuan ini,
semoga Allah memberi pengahkiran yang terbaik untukku,
jua dirimu,
andainya dia tercipta untukku,
dekatkan lah dia dengan ku,
simpulkan lah hati kami menjadi satu.

hanya itu harapan ku, Ya Allah

andainya itu hanyalah mainan perasaanku,
pandulah hatiku ini.
dan 
redhakan lah hatiku
dengan segala takdirmu, I'Allah :)
hilangkan lah resah dihatiku
agar aku dapat merasai ketenangan abadi.