Wednesday, May 8, 2013

semoga Allah merahmati beliau, TGNA :)

bismilahirahmanirahim...

hari ini saya terpanggil untuk berkongsi suatu cerita, tenteng seorang pemimpin yang selalu dituduh, dimaki, dicaci, dihina dan macam2 lagi..

Dialah pemerintah Kelantan yang telah bersama kami selama 22 tahun, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. saya sebagai anak kelantan merasa bangga berada di bawah pimpinan Tok Guru, biar pun dia buruk di mata orang lain tetapi dia tetap indah dan mulia di mata saya.


saya bercakap melalui pemerhatian, saya pernah berjumpa dengan Tok Guru, bersua muka bersama2 keluarganya. alangkah indahnya akhlak beliau, sucinya wajahnya.. kepada sesiapa yang selalu memburuk-burukkan beliau, datang dan lihat sendiri bagaimana beliau tanpa menghukum sebelum mengenali.

Di sini, saya ingin menzahirkan tanda terima kasih kepada TGNA kerana berjaya memimpin sebuah negeri yang selalu di pandang rendah oleh sesetengah masyarakat dengan asas agama Islam dan menyemai sifat cintakan ilmu agama dalam setiap hati rakyat kelantan.

Biarlah kita miskin tanpa pembangunan yang gah (walaupun kelantan sangat membangun, datanglah sendiri utk menilainya dengan mata hati bukannya dengan rasa kebencian) asalkan hati dan keperibadian kita kaya dengan nilai- nilai Islam dan asas jitu seorang muslim.

TERIMA KASIH TGNA kerana memimpin kelantan selama 22 tahun ini, hanya Allah yang mampu membalasnya.. semoga nilai-nilai islam yang bersemi di kelantan sentiasa kekal dan mewangi ke serata dunia.. Insha Allah!
semoga Allah merahmati TGNA sebagai pemimpin yang sentiasa ingin memperjuangkan Islam.. insha Allah setiap perjuangan ada penyambungnya..