" life is like a piano, the white keys represent happiness and the black show sadness, But as you go through life's journey, remember that the black keys also create music "
Tuesday, July 24, 2012
selamat berpuasa
bismilahirahmanirahim...
hari ini genaplah 5 hari umat Islam di Malaysia berpuasa
(faktor geografi tu)
dan belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan
SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam yang beragama Islam
semoga Ramadan ini adalah lebih baik daripada sebelumnya, amin :)
sepertimana yang kita tahu, berpuasa adalah wajib bagi kita
kalu kita memenuhi syarat2 puasa tu:
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim
Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat
so, sape2 yang terasa diri dia adalah orang Islam yang sejati dan takut akan Allah
bukan hanya Islam hanya pada kad pengenalan sahaja
bawak2 la berpuasa ye!!
tak perlu rasa bermegah2 bagitahu seluruh dunia yang korg tak puasa
bajet hebat la atas dunia ni
nanti dah mati tahu la nasib korg =P
klu tak caye puasa tu wajib ni buktinya:
يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Artinya : “Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
kecuali la korang termasuk dalam keadaan yang diharuskan untuk berbuka puasa/tak berpuasa
seperti:
a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua
mengelakkan puasa kita terbatal kita mestilah menjauhi segala perkara2 yang makruh (mengelakkan perkara2 makruh lagi baik kerana bimbang perkara makruh akan membawa kepada terjadinya perkara2 yang membatalkan puasa) dan haram di lakukan dalam bulan ramadan.
Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
sesungguhnya Islam itu mudah, jadi untuk menambahkan lagi pahala puasa kita banyak perkara2 yang sangat mudah untuk kita buat sepanjang bulan ramadan ini dan membaik pulih lagi kualiti puasa kita macam
a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
kawan2 bulan ramadan ini juga banyak keistimewaannya antaranya :
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
so, sape2 yang ada hajat dan permintaan rajin2kanlah berdoa pada bulan puasa ni, I'Allah akan dimakbulkan.. :)
saya pum banyak permintaan nih..hehehe
dan sempena bulan ramadan yang mulia ini sama2 lah kita menghormati kemuliaanya dengan
mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa dan, Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
sama2 lah kita mempertingkatka amalan2 harian kita dalam bulan puasa ini dan harapnya berterusan hingga ke ahkir hayat kita, siapa tahu ramadan ini merupakan yang terahkir untuk kita merasainya..
SELAMAT BERPUASA YE!!
jangan ponteng tau, :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment