Saturday, December 24, 2011

janganlah dekat dgn zina.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)
Allah telah mengajak kita untuk mejauhi zina, yg mana mungkin membawa kepada zina itu sendiri. zina  hukumnya haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar serta wajib keatas pelaku, hukum hudud JIKA rukun-rukun yang digariskan dipenuhi. mendekati zina itu maksiat.
Seperti iman, maksiat juga mempunyai tingkatannya, ada dilakukan secara tersembunyi, terbuka dan ada maksiat dianggap biasa. Apa juga jenis maksiat, tidak kira yang ringan atau berat, ia akan mengundang kemurkaan Allah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga perlakuan maksiat dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Ada kalanya Nabi SAW berusaha menutup sehabis mungkin perlakuan maksiat dilakukan secara tersembunyi supaya si pelaku berpeluang bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimana pula mereka yang melakukan maksiat secara terbuka?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini peringatan penting untuk kita kerana apa yang amat ditakuti manusia adalah taubat yang tidak diterima. Betapa ruginya kita jika mengetahui taubat tidak diterima kerana maksiat terbuka yang dilakukan dulu.


ibubapa juga berperanan penting dalam mendidik anak2 terutamanya si gadis dalam menjauhi maksiat. ketahuilah Anak perempuan hadiah syurga kepada ibu bapanya. 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa memiliki tiga puteri atau tiga saudari atau dua puteri atau dua saudari dan mendidiknya dengan baik serta menjadikannya bertakwa kepada Allah, maka baginya syurga.” (Hadis riwayat Tirmizi)


renung-renungkan bersama (^_^)

Thursday, December 22, 2011

Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN dan Pelaburan-Pelaburan Lain Seumpamanya (Kelantan)

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Disember 2009 telah membincangkan hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya adalah diharuskan.
Keterangan/Hujah: 
 
Keputusan ini di buat berdasarkan hujah-hujah berikut:
 
  1. Harus melabur dalam skim ASB, ASN dan seumpamanya kerana kedudukan ekonomi orang melayu islam di Negara ini yang disifatkan berada ditahap darurat. Darurat yang dimaksudkan di sini ialah dilihat dari aspek ekonomi ummat secara keseluruhan bukan dari sudut individu.
     
  2. Pelaburan skim-skim ini dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Hukum berurusan dengan orang yang mempunyai harta yang halal lebih banyak daripada yang haram adalah harus. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berurusan dengan orang Musyrikin yang mereka maklum tidak meninggalkan perkara yang haram sama sekali. Sementara bermuamalat dengan orang yang memiliki harta haram lebih banyak dari yang halal adalah makruh selama tidak diketahui atau tidak ditentukan Ain yang haram tersebut.

Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam

Keputusan (English): 

 
The Status Of A Minor When One Of The Parents Converts To Islam

Decision:

The 87th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd-25th June 2009 has discussed on the status of a minor after one of the parents converts to Islam. The Committee has decided that:

1. When one of the parents converts to Islam, the religion of the under-aged children is also Islam and the children will be put under the care of the Muslim parent.

2. Therefore, when one of the parents (either the mother or the father) converts to Islam, the religion of the minors is Islam

3. There is no need to amend Article 12(4) of the Federal Constitution which stipulates that the religion of a person under the age of 18 shall be decided by his parent or guardian.
 
Keterangan/Hujah: 
 
 
  1. Jumhur Ulama’ (al-Hanafiyyah, al-Syafi’iyyah dan al-Hanabilah) berpandangan, anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ibu ataupun bapa. Pandangan ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada `A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi SAW bersabda : “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.
     
  2. Kaedah fiqh telah menetapkan اَلْصَغِيْرُ يَتَّبِعُ خَيْرَ الأَبَوَيْنِ دِيْنًا . Ini bermakna, seorang anak akan menjadi Islam apabila ibu atau bapanya memeluk Islam kerana Islam adalah agama terbaik dan tidak ada yang lebih baik dan mulia daripadanya.
     
  3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan kepada peruntukan ini persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini adalah "parent or guardian” bukannya "parents or guardian” yang mana ia bermaksud ”ibu atau bapa atau penjaga.”
     
  4. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) - dalam seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] memperuntukkan seperti berikut:

“Keupayaan masuk Islam

95. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan-

(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau

i.(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.”.

Friday, December 9, 2011

hukuman yang tidak setimpal

minggu ini,
terasa banyak dugaan y melanda diri ini,
insan y lemah dan tidak sempurna,

namun,
semua orang tidak mengetahui isi hati ini,
kerana apa y d dalam tidak terpamer pada riak muka dan laku,

mungkin,
semua orang akan menyalahkan ku,
lantaran sikap luaranku

mungkin,
ku dilihat sebagai orang y bersalah,
orang y suka menyakiti orang len

tapi,
adakah kalian tahu kisah itu?
adakah kalian tahu siapa yang teraniaya?
adakah kalian tahu siapa y daniaya?

mengapa,
kalian menghukum tanpa periksa?
mengapa,
kalian ingin terlibat dalam kisah ini?

perlukah kalian menghukum sesuatu y tidak pasti?
sesuatu y kalian tahu dari sebelah pihak?
sesuatu y belum tentu benar?

namun,
sesuatu ku pasti ALLAH Maha mengetahui siapa y tidak bersalah,
hukum lah ku,
jika kalian merasa ku y bersalah,
kerana ku tahu,
ALLAH mengetahui kebenaran kisah ini.
InsyaAllah, Allah memberi ganjaran kepada orang y tidak bersalah
dan kebenaran pasti terserlah,
walau fizikal menafikannya.


Do’a Orang Teraniaya Dikabul Allah SWT


Rasulullah saw. bersabda:
“Tiga do’a yang dikabulkan, yaitu do’a orang yang berpuasa, do’a orang yang bepergian, dan do’a orang yang teraniaya.” (HR. Uqaili, dari Abu Hurairah)

”Ada tiga doa yang tak akan ditolak oleh Allah SWT, yakni doa orang tua kepada anaknya, doa orang yang teraniaya, dan doa seorang musafir.” (HR. Abu Hurairah)

Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Artinya : Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniyaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”.(Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38)

missing both of you like crazy

bismilahirahmanirahim..
tonight, i feel so depressed
i really2 missing my mum and dad so much,
don't know why.
feel so empty and lonely.
mum and dad, I really wish both of you were here, 
sitting right next to me.
having both of you in my sight and my side
make my life shiny like a star.
saya rindu n sayang kamu, ma n abah!!!
sayang sangat2!