“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)
Allah telah mengajak kita untuk mejauhi zina, yg mana mungkin membawa kepada zina itu sendiri. zina hukumnya haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar serta wajib keatas pelaku, hukum hudud JIKA rukun-rukun yang digariskan dipenuhi. mendekati zina itu maksiat.
Seperti iman, maksiat juga mempunyai tingkatannya, ada dilakukan secara tersembunyi, terbuka dan ada maksiat dianggap biasa. Apa juga jenis maksiat, tidak kira yang ringan atau berat, ia akan mengundang kemurkaan Allah.
Begitu juga perlakuan maksiat dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Ada kalanya Nabi SAW berusaha menutup sehabis mungkin perlakuan maksiat dilakukan secara tersembunyi supaya si pelaku berpeluang bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimana pula mereka yang melakukan maksiat secara terbuka?
Ini peringatan penting untuk kita kerana apa yang amat ditakuti manusia adalah taubat yang tidak diterima. Betapa ruginya kita jika mengetahui taubat tidak diterima kerana maksiat terbuka yang dilakukan dulu.
ibubapa juga berperanan penting dalam mendidik anak2 terutamanya si gadis dalam menjauhi maksiat. ketahuilah Anak perempuan hadiah syurga kepada ibu bapanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa memiliki tiga puteri atau tiga saudari atau dua puteri atau dua saudari dan mendidiknya dengan baik serta menjadikannya bertakwa kepada Allah, maka baginya syurga.” (Hadis riwayat Tirmizi)
renung-renungkan bersama (^_^)
No comments:
Post a Comment