Wednesday, June 15, 2011

::ini pendekatan yg bagus::

sumber dari: komunitikini..thx
Ketua dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hasan dan rombongannya berkesempatan bertemu dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abd Rahman serta menyaksikan konsert kumpulan underground di One Cafe, Jalan Tunku Abd Rahman semalam.
Program yang bertemakan “Chow Kit Kita” yang di anjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur turut dimeriahkan dengan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi.
Beberapa orang peserta program pada mulannya agak terkejut dan gembira dengan kehadiran pemuda PAS dan sempat bergambar bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran situ.
Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran ketua pemuda yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan ketua pemuda PAS dan rombongan itu.
Selain bersama-sama mengambil gambar, rombongan itu juga di beri peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta di santap dengan muzik-muzik punk dan underground.
bg saya, ini pendekatan baru y bagus (bukan sbb  politik,i'm neutral)..mendekati pemuda-pemudi dgn cara begini..hormati keinginan mereka, hobi mereka, suara mereka. sambil itu kita mendakwahkan mereka..bukan x boleh join underground ni..tp tunjukkan mereka guideline y mst diikuti sbg muslim..anak2 muda skrg suka suara mereka didengar, dinasihati dgn cara baik, bukannya secara keras n paksaan.. so, being wif them, getting along wif them..!try to understand them better..

No comments:

Post a Comment