Wednesday, June 8, 2011

kenapa pakai pendakap gigi??

salam..
tetiba saya terfikir tentang isu ini..
sebab ramai sangat y memekai pendakap gigi sekarang nih..
and mostly dyorg punye reason ialah...
"gigi ak x cantik la"
"ak nak gigi ak cantik macam artis tututut.."
apakah maknanya cantik eh??


pakai pendakap gigi??
haram ke tak...??so,sy cr la jawapannye n brkongsi ngn kwn2


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga pernah melaknat perbuatan itu seperti disebut dalam hadisnya: "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Falaj ialah meletakkan sesuatu di gigi supaya kelihatan sedikit jarang. (ketika zaman jahiliyah,menjarangkan gigi dianggap cantik) Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan itu dianggap suatu penipuan dan berlebih dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Menjarangkan gigi ini adalah amalan jahiliah dan ia dianggap cantik. Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuwan Islam membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua, harus dan haram.

Jika dirujuk kepada hadis, ia haram jika dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi menyebutkan sebab diharamkan kerana adanya unsur kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan atau cacat pada gigi, tidak mengapa.

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan cantik. Contohnya, memakai pendakap gigi supaya kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita.

Dr Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan, jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa melihatnya, sama ada bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.

Namun, pemakaian pendakap gigi harus jika dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza sehingga menimbulkan ketakutan orang yang melihatnya.

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Halal wal Haram Fil Islam berkata, seandainya orang itu mempunyai kecacatan menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran.(sebab2 y sangat la crucial)

Ia juga dibenarkan untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan. Jawatankuasa fatwa pimpinan Dr Abdullah al-Faqih menyatakan, tidak salah untuk memakai pendakap gigi untuk membetulkan kedudukan gigi ke tempat asal selepas berlakunya kemalangan.

Selain itu, memakai pendakap gigi dibenarkan sebab kesihatan seperti susunan gigi menyebabkan sukar mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan dalam mulut. Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah, Syeikh Faizal al-Moulawi, berkata pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syarak, bahkan ia juga diperlukan.

Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika memberus gigi, mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi kelihatan jongang sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Jika berlaku kes sedemikian, Islam tidak melarang usaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi sesuai garis panduan difatwakan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi: "Adapun kalau ternyata orang itu mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran."

Justeru, pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan pemakai. Firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa mengkehendaki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barang siapa mengkehendaki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang yang bersyukur." (Surah Ali Imran, ayat 145)


amacam??setelah baca penerangan ini,,apakah niat korg semua pakai pendakap gigi..untuk cantik ke?atau pom utk tujuan lain..sbb bagi saya, utk mengharuskan pemakaian itu mestilah mempunyai sebab2 yang mungkin menimbulkan keburukan kepada seseorang itu dan bukannya untuk mencantikkan diri pada pandangan orang y mana tiada sesiapa pom y mengutuk atau mencerca hal giginya..(maybe org 2 perasan sdri kot..huhu)

No comments:

Post a Comment