Wednesday, June 8, 2011

khas utk mu!

salam...
saya terpanggil utk menulis catatan ini..apabila seorang sahabat mengadu bahawa dia terasa sesuatu y tidak baik telah dilakukan olehnya..
y menimbulkan kerunsingan dan keluh kesah difikirannya..
disini saya temukan sepotong hadis utk mengubati jiwanya y runsing..
semoga dengan sedikit pertolongan dari saya dia akan terus bersemangat dan bangkit dari kerunsingan hati/fikiran.
ingatlah..segala perkara yang berlaku dari Allah yang mahu kita terus kuat di masa hadapan.
bukannya terus rebah, lemah, menyalahkan diri sendiri..
(sekadar perkongsian bersama utk sama2 membetulkan diri kita)
semoga kita terus kuat,jangan terus menyalahkan diri..fikirkan secara positif ye..

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

 
(Muslim)



Huraian
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

untuk renungan saya dan kamu.tq

No comments:

Post a Comment